suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azmin Belum Pasti Tanding Di Mana

Azmin Ali.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berkata, beliau masih tidak pasti di mana akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Ia masih tertakluk kepada perbincangan dalaman parti (PKR). Kita belum memuktamadkan calon," kata Ahli Parlimen Gombak itu kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kakitangan kerajaan negeri di sini, Isnin.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata, beliau percaya bahawa pilihan raya umum tidak akan berlaku dalam waktu terdekat tetapi parti itu telah bersedia terhadap sebarang kemungkinan.

"Prinsip dan pemahaman pemimpin parti sudah ada dan sekarang hanya tertakluk kepada kelulusan parti yang muktamad," kata Azmin ketika ditanya mengenai bila pengumuman senarai calon PKR.

Beliau berkata, walaupun senarai calon masih belum lagi diumumkan, PKR telah mengenal pasti calon-calon dan kawasan yang bakal mereka tandingi.

Azmin Ali

Artikel Lain