suria

Pasangan OKU Terima 'Tetamu Tak Diundang'

Anggota APM menunjukkan ular tedung selar ditangkap.

BALING: Tindakan pantas pasangan OKU dari Kampung Lanai mendapatkan bantuan jiran menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa patukan ular tedung selar, Khamis.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah Baling, Mohd Faizol Ab Aziz berkata, ular sepanjang dua meter dan mempunyai berat 2.5 kilogram itu ditemui dalam rumah pasangan OKU.

"Kehadiran ular itu disedari pasangan OKU  terbabit selepas mendengar bunyi pelik di belakang rak dapur. Mereka segera meminta bantuan jiran yang juga anggota APM.

"Pihak APM menerima panggilan jam 9.15 pagi sebelum segera ke lokasi. Skuad Pagi APM dengan kekuatan empat anggota mengambil masa selama 15 minit untuk menangkap reptilia tersebut," katanya.

Beliau berkata, masyarakat diminta berhati-hati dengan keadaan sekeliling bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. - Sinar Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gempa Bumi Landa Tongod, Sabah

Artikel Lain