suria

PM Umum Permohonan BR1M Dilanjut

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis memaklumkan pendaftaran untuk penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018 akan dilanjutkan sehingga 25 Januari ini.

"Sukacita saya maklumkan bahawa pendaftaran bagi BR1M 2018 dilanjutkan sehingga 25 Januari ini.

"Kepada yang masih belum, boleh daftar di ebr1m.hasil.gov.my atau cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, menerusi catatan di laman rasmi Twitter beliau.

Kementerian Kewangan melalui kenyataan sebelum ini berkata permohonan  dan kemas kini maklumat BR1M 2018 dibuka kepada penerima yang layak bermula 27 November sehingga 31 Disember lepas.

Kementerian itu berkata, pasangan kepada penerima BR1M tahun sebelumnya yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal atau tidak layak dalam permohonan pada tahun sebelumnya perlu membuat permohonan baharu bagi BR1M 2018. -Bernama

BR1M

Artikel Sebelum

Gempa Bumi Landa Tongod, Sabah

Artikel Berikut

Rompak Lagi, 2 Minit Dah Lesap!

Artikel Lain