suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasar Raya Besar Di Taiping Disamun Rugi RM200,000

Gambar hiasan.

TAIPING: Sebuah pasar raya besar di Aulong di sini mengalami kerugian RM200,000 selepas lima lelaki dipercayai warga asing melarikan wang berkenaan dalam satu insiden samun awal pagi Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superitendan Razlam Ab Hamid berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 1.05 pagi itu, dua pengawal keselamatan yang sedang bertugas diserbu lima lelaki di 'check point' ketiga pasar raya berkenaan.

"Suspek yang menutup kepala dan bersenjatakan parang, kuku kambing serta besi menutup kepala serta mengikat kedua-dua pengawal sebelum diletak di tempat memunggah barang.

"Lebih kurang lima minit, dua lagi pengawal yang ada diletakkan bersama kedua-dua mangsa sebelum keempat-empatnya melepaskan diri pada 4.30," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Razlam berkata, sebaik berjaya melepaskan diri pengawal keselamatan mendapati  pintu besi pasar raya yang merupakan laluan pekerja telah dipotong dan semua suspek melarikan diri.

Katanya, kes disiasat mengikut  Seksyen 395/397 Kanun Keseksaaan kerana samun berkumpulan serta bersenjata. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain