suria

Adun Lepar Meninggal Dunia

KUANTAN: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lepar Datuk Mohd Shohaimi Jusoh, 55, meninggal dunia di rumahnya di Sungai Isap Damai, di sini, awal Ahad.

Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail berkata beliau dimaklumkan beritaitu oleh pegawai arwah kira-kira3.55 pagidan amat terkejut  kerana mereka baharu berjumpa pada Jumaat lepas.

Katanya mereka bersama menghadiri program sumbangan Jom ke Sekolah oleh YayasanFelda peringkat Parlimen Paya Besar dan arwah tidak kelihatan sakit walaupun demam beberapa hari sebelumnya.

"Saya bertanya jika arwah sudah sihat dan beliau menjawab demamnya sudah kebah. Saya hanya tahu arwah ada penyakit kencing manis.

"Malam semalam juga ada kawan-kawan telefon beritahu arwah mengajak sesi mengeteh di warung berhampiran rumahnya, yang merupakan kebiasaan arwah pada waktu malam.

"Bagaimana pun tiba-tiba arwah batalkan hasra titu dan beritahu tak apa, kita jumpa malam lain," katanya semasa dihubungi Bernama.

Abdul Manan berkata jenazah akan dibawa ke Masjid Sungai Isap pada 11 pagi ini  untuk dimandi dan dikafankan sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Fajar, Gambang di sini sebelum zolat Zohor. -Bernama

Artikel Sebelum

Gaji Lambat Bakar Kereta

Artikel Berikut

Anak Saya Bukan Didera!

Artikel Lain