suria

Hidap Leukemia Tidak Halang Arissa Jadi Elsa

"SAYA ingin menjadi seperti Elsa, dia mempunyai kuasa, kuat dan berani!" Kata Nur Arissa Yasmin yang berusia lapan tahun dan menghidapi leukemia limfoblastik.

Impian Arissa untuk bertemu, memeluk dan meluncur bersama Puteri Elsa yang merupakan watak utama filem animasi Frozen telah terlaksana apabila Make-A-Wish Malaysia (MAWM) merealisasikannya menerusi program Adopt-A-Wish.

Kanak-kanak itu meluncur dengan seorang 'cosplayer' yang berpakaian seperti Princess Elsa di PJ Live Arts, Jaya One.

Impian Arissa lebih bermakna dengan kehadiran penyanyi dan komposer lagu, Dasha Logan yang menyanyikan lagu-lagu daripada Frozen untuk memberikan pengalaman terindah buatnya.

Pihak penganjur, Jaya One mengubah PJ Live Arts menyerupai lokasi animasi Frozen untuk mencipta pengalaman ajaib buat Arissa dan keluarganya.

Bagi Jaya One, acara itu dianggap sesuatu yang amat menyentuh hati dan menjadi penutup tahun ini.

"Kami gembira menjadi sebahagian daripada projek ini kerana misi kami untuk menyokong dan membawa masyarakat bersama menerusi acara yang bermakna.

"Arissa ialah seorang pejuang dan kami berasa bersemangat untuk keluarganya apabila melihat betapa gembiranya dia dapat meluncur dengan Puteri Elsa," kata," kata Jaya One pengurus pengiklanan, promosi dan acara di Jaya One, Ellis Teh Yeong Yong.

Misi MAWM adalah untuk menjadikan impian kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan yang mengancam nyawa untuk menaikkan semula harapan, kekuatan dan kegembiraan mereka.

Sehingga Disember 2017, MAWM telah menunaikan lebih daripada 400 hasrat.

Bagi mereka yang ingin mengetahui cara untuk membantu kanak-kanak lain memenuhi impian mereka, boleh layari laman web ke www.makeawish.org.my

Nur Arissa Yasmin, Puteri Elsa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Selamat Tinggal Ampang Park!

Artikel Lain