suria

Larian Tahun Baharu: Jalan Utama KL Ditutup

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di ibu kota akan ditutup bersempena larian 'KL International New Year Run 2018' yang akan berlangsung pada 1 Januari.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Supt Ahmad Adnan Basri berkata kesemua jalan terlibat dengan larian yang bermula dan tamat di Dataran Merdeka dan ditutup berperingkat bermula 4.30 pagi  sehingga 9 pagi serta dibuka semula secara berperingkat mulai 9.30 pagi.

Jalan utama yang ditutup ialah Jalan Raja Laut, Jalan Mara, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Bukit Bintang, Jalan Tun Razak, Jalan Kia Peng, Jalan Perak, Jalan P. Ramlee, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Kuching, Bulatan Segambut, Jalan Langgak Tunku, Jalan Tun Ismail, Jalan Kinabalu, Bulatan Hishammuddin, Jalan Lebuh Pasar dan Jalan Yap Ah Loy.

Sementara itu, katanya, beberapa jalan ditutup secara kekal bagi acara sempena sambutan Tahun Baharu bermula  5 pagi sehingga 9.30 pagi serta dibuka semula secara berperingkat mulai 9.40 pagi.

Jalan yang terlibat ialah Terowong Bukit Aman/Dataran Merdeka, Jalan Tun Perak/Jalan Pudu, Jalan Sultan Ismail/Jalan Bukit Bintang, Jalan Ampang/Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Raja Laut/Jalan Dang Wangi, Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Sri Amar, Jalan Damansara/Susur ke Mahameru, Jalan Duta/Jalan Langgak Tunku.

Jalan lain yang turut ditutup ialah Jalan Tun Razak/Susur ke Jalan Kuching, Jalan Kuching/Susur naik ke Jalan Tun Razak, Jalan Tun Ismail/Susur Jalan Kuching, Jalan Maharajalela/Dewan Perhimpunan Cina, Jalan Syed Putra/Susur ke Jalan Kuching, Lebuhraya Mahameru/Susur naik ke Jalan Parlimen, Jalan Mahameru/Susur naik ke Jalan Parlimen dan Jalan Duta/Susur naik ke Jalan Parlimen.

"Orang ramai dinasihatkan sentiasa mematuhi arahan petugas trafik di sepanjang larian berlangsung dan pengguna digalakkan menggunakan pengangkutan awam untuk mengelak kesesakan jalan raya," katanya dalam kenyataan.

Beliau juga menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan terutama di laluan terlibat dengan acara itu dan tindakan akan diambil terhadap kenderaan yang menghalang lalu lintas.

Pengguna boleh menghubungi talian 03-20719999 atau layari laman sesawang Facebook PolisKL, TrafikKL dan Instagram Trafik_KL untuk maklumat lanjut.- Bernama

Larian Tahun Baharu, 2018

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain