suria

Sembunyi Pil Ekstasi Dalam Paket Minuman

Mohmad Salleh.

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket dadah selepas merampas pelbagai jenis bahan terlarang bernilai RM1.7 juta termasuk pil ekstasi yang disembunyikan di dalam paket minuman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata polis juga menahan tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam sindiket tersebut dalam serbuan berasingan di Selangor dan Kuala Lumpur pada 27 Disember lalu.

Mohmad berkata dalam serbuan itu polis merampas 13kg dadah jenis ketamin, 2,160 paket minuman disyaki campuran dadah ekstasi dan 12.94kg bahan prekursor enphedrine yang dipercayai digunakan untuk menghasilkan methamphetamine.

Polis percaya dadah yang disembunyikan di dalam paket minuman itu dijual kepada pusat hiburan tempatan manakala ketamin untuk pasaran Taiwan.

Beliau berkata kesemua suspek direman untuk siasatan lanjut.

pil ekstasi

Artikel Berikut

Gantung Diri Selepas Cekik Anak

Artikel Lain