suria

Tun M Calon PM: Anwar Masih Belum Beri Restu

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum memberi restunya untuk menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri pakatan pembangkang.

Namun, pelbagi sumber dalam PKR mendakwa Anwar tidak menghalang langkah tersebut tetapi mahu parti itu membincangkan secara terperinci mengenainya dan membuat keputusan yang mencerminkan kehendak rakyat.

"Dia tidak mahu parti ini ditekan dengan keputusan tanpa mengetahui kesan baik dan buruk menamakan Dr Mahathir," kata seorang pemimpin tertinggi PKR yang enggan dinamakan.

Pemimpin PKR itu mengakui kebanyakan pemimpin parti itu juga tidak selesa dengan idea Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan.

Menurut seorang lagi sumber, Anwar lebih berminat dengan idea menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jawatan tertinggi itu dan Datuk Seri Azmin Ali sebagai calon timbalan perdana menteri.

Muhyiddin berpengalaman luas dalam kerajaan persekutuan manakala Azmin pula memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menegaskan kepentingan menamakan calon perdana menteri menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan diadakan April tahun depan dengan segera.

"Anwar tidak digugat oleh Mahathir sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak. Mengapa dia perlu berasa tergugat dengan lelaki berusia 92 tahun ini? Lagipun dia akan bebas pada Jun tahun depan," katanya.

Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir

Artikel Sebelum

Gantung Diri Selepas Cekik Anak

Artikel Berikut

Artikel Lain