Rohani: Cadang Gabung Kursus Keibubapaan, Pra Perkahwinan - Semasa | mStar

Rohani: Cadang Gabung Kursus Keibubapaan, Pra Perkahwinan

Rohani Abdul Karim.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merancang menggabungkan kursus keibubapaan dengan kursus pra perkahwinan yang kini diwajibkan untuk semua bakal pengantin.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, ini kerana kursus keibubapaan yang kini dilaksanakan kurang menarik minat orang ramai.

"Kursus ini untuk mengingatkan ibu bapa dan bakal ibu bapa pentingnya ilmu untuk membesarkan anak-anak," katanya selepas program Ibu Sihat Keluarga Ceria di PPR Semarak di sini, Sabtu.

Beliau berkata, ilmu tentang keibubapaan penting bagi mendidik anak-anak selain mengelak ibu bapa daripada mengabaikan tanggungjawab mereka.

Dalam pada itu, Rohani turut mengingatkan golongan ibu supaya tidak mengabaikan kesihatan dalam kesibukan menjaga keluarga.

"Disebabkan kekangan masa dan kesibukan mengurus, mereka sendiri tidak dapat menjaga diri dengan baik," katanya sambil menambah kesihatan ibu penting untuk keluarga bahagia. - Bernama

kursus kahwin , Rohani Abdul Karim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Putera Harry, Meghan Kahwin 19 Mei Depan

Empat Lelaki Curi Kerbau Guna Honda Odyssey

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain