suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa: Tiada Rakyat Malaysia Di Sempadan Iran-Iraq

Keadaan rumah yang musnah akibat gempa bumi di utara Iraq. Foto AP

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan berada di kawasan sempadan  Iran-Iraq yang dilanda gempa 7.3 magnitud, berhampiran wilayah Kermanshah, Iran, 680 kilometer di barat Tehran pada Ahad.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata ini berdasarkan maklumat yang dikirim oleh kedutaan Malaysia di ibu negara Iran.

"Kerajaan dan rakyat Malaysia melahirkan rasa sedih dan simpati kepada anggota keluarga mangsa,” kata kenyataan itu.

Kementerian menerusi perwakilan Malaysia di Tehran akan terus memantau perkembangan berkaitan  insiden itu.   

Dilaporkan jumlah kematian kini melebihi 300 orang dan beribu-ribu yang lain cedera berikutan gempa  yang kuat itu. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain