suria

Polis Sandakan Rampas 1.05 KG Syabu

Contoh dadah jenis syabu. - Gambar hiasan

SANDAKAN: Polis merampas 1.05 kilogram syabu dengan nilai pasaran RM70,000 selepas menahan dua lelaki di Jalan Sukau dekat sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata pada pukul 9 malam, sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Daerah Sandakan telah menjalankan intipan dan pemerhatian di kawasan itu.

Katanya semasa menjalankan pemerhatian pasukan itu telah terserempak dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux berwarna putih yang berada di tepi jalan berkenaan yang dinaiki dua lelaki.

Anggota polis bertindak menahan kenderaan tersebut bersama-sama kedua-dua lelaki terbabit dan  menjumpai ketulan hablur disyaki dadah jenis syabu di dalam kenderaan itu, katanya dalam satu kenyataan di   sini, Isnin malam.

Mohd Azhar berkata hasil pemeriksaan air kencing ke atas kedua-dua lelaki yang berusia 17 dan 23 tahun yang berasal dari daerah Tawau itu mendapati kedua-duanya positif dadah jenis syabu.

Katanya kedua-dua lelaki itu disyaki pengedar dadah ditahan di bawah Seksyen 39B dan 15(1)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkap kedua-dua lelaki itu bersama rampasan syabu. - Bernama


syabu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain