suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek Tikam Anggota Keluarga Direman

SEREMBAN: Suspek yang dipercayai menikam seorang anggota keluarganya iaitu Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Nyatoh, Norhaidi Mat Yusop pada Isnin direman selama tujuh hari, bermula Selasa.

Perintah itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Seremban Siti Huzaifah Abdul Talib, di Mahkamah Khas (Reman) Seremban, di sini.

Terdahulu, suspek berusia 31 tahun itu, dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi dengan memakai baju lokap berwarna  ungu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi Isnin, suspek dan Norhaidi, 40, dikatakan telah bergaduh di rumah ibu mereka di Taman Bunga Sejati, Rantau, dekat sini.

Dalam pergaduhan itu, suspek dikatakan telah menikam mangsa di bahagian belakang badan dengan pisau di halaman rumah.

Mangsa yang cedera parah terus dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Dalam kejadian itu, polis telah merampas senjata iaitu sebilah pisau serta sebatang besi penggali tanah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA

tikam, Ketua Pemuda Umno

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain