Jamal Tarik Balik Kata-Kata, Kes Saman Selesai - Semasa | mStar

Jamal Tarik Balik Kata-Kata, Kes Saman Selesai

KUALA LUMPUR: Saman fitnah yang difailkan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos selesai selepas Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu menyatakan kekesalan terhadap kata- katanya dalam insiden kekecohan di Ampang Point Mall, tahun lalu.

Jamal membacakan penghakiman persetujuan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, S Nantha Balan.

"Saya dengan ini ingin menarik kembali kata-kata yang hamburkan ketika situasi tegang di Ampang Point Mall kepada Zuraida berhubung dengan penerbitan bertarikh 13 November 2016.

"Saya juga mengaku janji untuk tidak mengulangi sebarang kenyataan berkenaan insiden itu terhadap plaintif," katanya.

Terdahulu, Nantha berkata, mahkamah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana berjaya menyelesaikan kes melalui mediasi tanpa perbicaraan penuh.

"Terima kasih kerana sikap toleransi kedua-dua pihak," katanya.

Zuraida diwakili peguam N Surendran manakala peguam Mohamed Nasser Yusof mewakili Jamal.

Zuraida memfailkan tuntutan saman itu pada 17 November tahun lalu kerana mendakwa Jamal mengeluarkan kata fitnah dalam insiden hidung berdarah di pusat membeli belah itu.

Dalam pernyataan tuntutan, Zuraida mendakwa Jamal dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan fitnah mengenai dirinya. - Sinar Online

Jamal Md Yunos

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Makmal Mini Proses Dadah Dibongkar

Lebih Artikel

'Pendaki Bikini' ditemui mati kesejukan

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta

Maut terlebih makan durian