suria

Rogol Siswi: Suspek Ditahan Bersama Barang Milik Mangsa

SHAH ALAM: Lelaki berusia 27 tahun ditahan kerana disyaki merogol dan merompak pelajar wanita sebuah universiti di sini, Rabu malam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.30 malam ketika mangsa bersendirian di hentian bas Seksyen 7 semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Beliau berkata, suspek telah memberhentikan keretanya dan berpura-pura bertanyakan arah kepada mangsa.

Suspek kemudiannya mengacukan pisau ke arah mangsa dan menariknya ke dalam kereta sebelum memecut kenderaan itu.

Seterusnya suspek memakir kereta di kawasan sunyi dan merogol mangsa.

Shafien berkata, suspek turut mengambil wang tunai RM100 dan telefon bimbit milik mangsa sebelum 'membebaskan' siswi itu.

Beliau berkata, susulan maklumat yang diterima, polis menahan suspek pada pukul 4 pagi Jumaat di sebuah pangsapuri di Pelabuhan Klang dekat sini.

Katanya, polis menemui kemeja hitam, sepasang jeans biru, kasud merah, pisau, telefon milik mangsa dan sebuah kereta.

Menurutnya, polis percaya suspek melakukan perbuatan itu sendirian dan hasil siasatan mendapati suspek memiliki rekod lampau melibatkan kes pecah rumah.

Shafien berkata, siasatan sedang dijalankan melibatkan kesalahan rogol dan rompakan bersenjata. 

Shafien, Pelabuhan Klang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Samseng Jalanan Terima Habuan

Artikel Lain