suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Datuk Seri' Pukul Rela Didakwa

AMPANG: Seorang lelaki bergelar 'Datuk Seri' yang didakwa memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) baru-baru ini akan dihadapkan ke mahkamah petang Jumaat.

Peguamnya, Datuk Geethan Ram Vincent berkata beliau dimaklumkan anak guamnya akan didakwa pada pukul 3 petang Jumaat kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Menurut laporan, suspek turut disiasat untuk kesalahan lain termasuk melakukan serangan dan terlibat dalam perniagaan permainan video haram.

Difahamkan ahli perniagaan itu disahkan positif ujian dadah dan mempunyai rekod terdahulu untuk kesalahan yang sama.

Pada 27 Oktober lalu, tiga anggota Rela yang sedang menjalankan tugas kawalan keselamatan bagi upacara keagamaan di sebuah tokong di Kampung Baru Ampang dikasari individu dipercayai bergelar Datuk Seri.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi, salah seorang daripada tiga anggota Rela berkenaan menegur Datuk Seri terbabit kerana memberhentikan kenderaan di hadapan tokong itu sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, teguran itu menyebabkan anggota terbabit dikatakan dipukul di beberapa bahagian badan dan muka.

Datuk Seri, Rela

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain