suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belum Ada Keputusan Tutup Sekolah Convent

GEORGE TOWN: Jabatan Pendidikan Pulau Pinang meminta orang ramai supaya menghentikan spekulasi penutupan tiga sekolah covent di negeri itu kerana belum ada kepastian mengenai perkara tersebut.

Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Shaari Osman berkata, permohonan Sisters of Infant Jesus, pemilik pemegang amanah tanah tersebut untuk mengambil semula tanah berkenaan masih belum dimuktamadkan.

Tapak bangunan Sekolah Menengah Convent Lebuh Light, sekolah rendahnya dan Sekolah Convent Pulau Tikus terletak di atas tanah tersebut.

"Mereka adalah pemilik tanah dan baru-baru ini mereka menulis kepada Kementerian Pendidikan memohon untuk mengambil semula tanah tersebut.

"Belum ada lagi surat dihantar kepada ibu bapa sama ada anak mereka akan dipindahkan ke sekolah lain.

"Jadi tolong hentikan spekulasi itu kerana ia mencetuskan kekeliruan," kata Shaari.

Beliau berkata jabatan itu 'sedang menyediakan segala kemungkinan' bagi memastikan semuanya lancar jika sekolah terbabit perlu ditutup.

Namun katanya, sehingga hari ini tiada keputusan telah dibuat mengenai perkara itu.

Sekolah Convent, Pulau Pinang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Dicekup Bersama 200kg Ketum

Artikel Lain