Maut Ketika Lakukan Persembahan Di Tokong Cina - Semasa | mStar

Maut Ketika Lakukan Persembahan Di Tokong Cina

Detik akhir Lim Ba sebelum melakukan upacara di tokong Cina. Foto sumber dari Facebook.

JERLUN: Seorang lelaki warga emas yang sedang melakukan upacara keagamaan di perkarangan Tokong Cina Kuala Sanglang, Ayer Hitam, di sini Isnin, dengan duduk di atas kawah pengukus, maut selepas terkena serangan jantung.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam membabitkan mangsa, Lim Ba, 68, yang terkena  serangan jantung ketika sedang duduk di atas papan yang diletakkan di atas kawah besi berisi air panas sebelum seluruh tubuhnya ditutup dengan tudung pengukus.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata sebelum itu mangsa pergi ke tokong itu untuk melakukan upacara keagamaan bersempena perayaan “tokong sayur”.

"Siasatan kita mendapati mangsa duduk di atas papan yang diletakkan di atas kawah besi berisi air panas yang sedang dimasak menggunakan kayu api dan seluruh badan mangsa ditutup dengan tudung pengukus.

"Seorang daripada anak mangsa dan penonton yang hadir kemudian ternampak tudung pengukus itu bergerak-gerak dan sebaik dibuka, mereka mendapati mangsa tidak sedarkan diri," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Mohd Ismail berkata Lim bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka, badan, kaki dan tangan sebelum mayatnya dihantar ke Hospital Jitra untuk dibedah siasat.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian disebabkan serangan jantung dengan kesan melecur tahap dua dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sementara itu, anak mangsa, Lim Kang Huai, 32, berkatabapanya melakukan upacara itu setiap kali tibanya hari perayaan tersebut sejak lebih 10 tahun yang lalu.

"Bapa saya menjalani pembedahan jantung tahun lalu. Saya tidak sangka upacara kali  ini adalah terakhir buatnya,” katanya.

Tambahnya, bapanya pernah melakukan upacara sama selama 75 minit di sebuah tokong di Tangkak, Johor, empat tahun lalu dan tidak mengalami sebarang kecederaan. - BERNAMA

warga emas , maut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pikat Anak Dulu - Vida

Artikel Berkaitan

Dua Maut Terbabas

Maut Kepala Terhantuk Tiang Lampu

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain