suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paragliding Produk Pelancongan TMM 2020

BANTING: Sukan paragliding akan diketengahkan sebagai produk pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 bagi menarik pelancong luar negara yang menggemari sukan lasak itu.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata dalam usaha memperkenalkan negara ini sebagai destinasi sukan lasak itu, infrastruktur dan kemudahan berkaitan sukan berkenaan perlu ditingkatkan.

Katanya di Selangor, dua lokasi dikenal pasti bagi mempromosikan acara sukan paragliding iaitu di Bukit Jugra, Kuala Langat dan Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu.

"Namun, prasarana berkaitan sukan paragliding di Kuala Kubu Bharu perlu dipertingkat bagi menarik pelancong luar negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasai sendiri pengalaman menaiki paragliding  secara tandem (berdua) di Bukit Jugra di sini, Isnin.

Mas Ermieyati berkata sukan paragliding juga adalah sebahagian daripada usaha menarik pelancong yang ingin menikmati kehijauan alam semesta.  -- Bernama

paragliding, Jugra. TMM 2020

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pengasuh Didakwa Dera Bayi

Artikel Lain