suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi Tahfiz: Van Jenazah Tiba Di HKL

KUALA LUMPUR: Van jenazah dilihat mula tiba di perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL), dipercayai bagi membawa jenazah mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah ke tanah perkuburan untuk disemadikan.

Setakat ini tujuh van jenazah yang dinomborkan 1 hingga 7 berada di perkarangan IPFN HKL itu.

Seorang pemandu van jenazah dari Masjid Ibnu Khaldun Sungai Besi, ketika ditemui berkata mereka belum dimaklumkan lokasi tanah perkuburan yang akan dituju.

Katanya, beliau difahamkan sebanyak 23 van jenazah dari masjid-masjid di sekitar Wilayah Persekutuan akan digerakkan untuk membawa jenazah ke lokasi pengebumian.

Media melaporkan keputusan ujian DNA dijangka dikeluarkan paling awal pada 3.30 petang Jumaat.

Waris dan anggota keluarga mangsa juga sudah mula berada di IPFN untuk menerima jenazah bagi urusan pengebumian.

Dalam kejadian awal pagi Khamis, 21 pelajar dan dua tenaga kerja yang merupakan warden dan guru pusat tahfiz tersebut, terkorban. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain