suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

31 Tahun Lalu, Baginda Islamkan Kami

Razali Kulim.

BALING: Memeluk Islam di hadapan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sekitar 1986 adalah kenangan terindah buat 50 keluarga Orang Asli Ken Sieu dari Kampung Lubuk Legong, di sini.

Tok Batin, Razali Kulim berkata, Almarhum baginda individu pertama mengislamkan masyarakat Orang Asli di kampung tersebut.

Katanya, pengalaman manis lebih 30 tahun itu masih diingati hingga hari ini.

“Bawah khemah sekitar jam 11.30 pagi di kampung inilah, baginda mengislamkan kami termasuk saya yang waktu tu masih belasan tahun,” ujarnya.

Katanya, Almarhum sentiasa ambil berat permasalahan masyarakat Orang Asli Ken Sieu.

“Baginda melalui pegawai istana atau penghulu mukim selalu bertanya khabar termasuk beri bantuan makanan,” ujarnya.

Katanya, Almarhum juga selalu berpesan agar berpegang teguh dengan ajaran Islam. - Sinar Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain