suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Serbu Pejabat Isa Samad Di SPAD

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat bekas pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Isa merupakan pemangku pengerusi SPAD.

"Saya diberitahu pagi ini, kami melakukan pemeriksaan di pejabat SPAD.

"Ia proses biasa, apabila kami menahan seseorang kami akan melakukan pemeriksaan di kediaman dan pejabatnya, itu rutin," kata Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad kepada pemberita selepas majlis menandatangani ikrar anti-rasuah oleh pihak pengurusan kanan dan vendor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini.

Ditanya sama ada Isa disiasat berhubung Felda Investment Corporation (FIC) atau Felda Global Ventures Holdings (FGV) Bhd, Dzulkifli berkata Isa ditahan berkaitan isu FIC.

Mengenai dakwaan pembangkang bahawa penahanan itu sekadar perbuatan untuk mengalihkan kemarahan rakyat, Dzulkifli berkata:

"Mereka boleh kata apa mereka mahu, ia tidak mudah untuk bertindak, rakyat sedang melihat."

Sebelum itu, SPRM menyerbu dua rumah Isa di Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan selepas penahanannya pada Rabu.

SPAD, Isa Samad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain