suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MRT Mampu Kurangkan Kos Pengangkutan - Hamzah

KUALA LUMPUR: Sistem pengangkutan Transit Aliran Massa (MRT) mampu mengurangkan kos sara hidup dalam kalangan rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata ini kerana MRT terbukti dapat mengurangkan kos pengangkutan pengguna.

“Konsep pengangkutan ini setanding dengan yang ada di luar negara dan pelancong yang berminat untuk sekadar bersiar-siar juga boleh melakukannya dengan mudah menerusi MRT,” katanya semasa program ‘Jom Naik MRT', Khamis.

Program itu yang bermula dari Stesen Muzium Negara ke Stesen Stadium Kajang dianjurkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Hamzah berkata dalam perjalanannya itu, beliau berpeluang bertemu dengan sebahagian penumpang dengan kebanyakannya memberi maklum balas positif.

“Seorang daripada mereka juga beritahu saya yang dia dapat mengurangkan kos pengangkutan hariannya,” kata Hamzah.

Katanya beberapa pengusaha kedai yang ditemui  beliau di stesen MRT juga menyatakan kemudahan itu meningkatkan perniagaan mereka serta membuka peluang pekerjaan kepada yang lain. -- Bernama 


MRT, Hamzah

Artikel Berikut

Artikel Lain