suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KPDNKK Nafi Pasar Raya Tawau Jual Sayur Plastik

TAWAU: Ketua Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Tawau, Sam Aminuddin menafikan dakwaan yang tular di laman sosial kononnya terdapat sayur plastik dijual di sebuah pasar raya di sini.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas pasar raya tersebut pada Jumaat lepas, kira-kira pukul 9 pagi menunjukkan tiada sayur plastik dijual seperti didakwa.

"Pembekal sayur kepada pasar raya berkenaan turut dikenal pasti dan turut dipanggil selepas tular dakwaan sayur plastik dijual," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Pada Jumaat, pemilik akaun  Facebook ‘Nurul Syamia' telah memuat turun gambar serta status menyebut sayur plastik di Century Department Store Sdn Bhd di Batu 3.

Sementara itu, Penolong Pengurus,  pasar raya itu Hon Hock Jiang kesal dengan maklumat tidak betul yang ditularkan kerana boleh menjejaskan nama baik pasar raya berkenaan.

"Para pengguna di daerah ini, diharap agar lebih bertanggungjawab dalam melabelkan  sesuatu produk, kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada  perniagaan," katanya. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain