suria

Pencuri Terperangkap Di Bumbung

MIRI: Tugas anggota bomba bukan hanya bertugas memadam kebakaran semata-mata, sebaliknya turut menangkap individu yang menyalahi undang-undang.

Ia berikutan satu insiden melibatkan seorang lelaki terperangkap di sebuah bumbung rumah yang diceroboh masuk.

Dalam kejadian pukul 9.30 pagi Selasa, di Kampung Lutong, seorang lelaki yang berusia 30-an terpaksa diikat dan dibawa turun dari bumbung oleh pihak bomba.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Supritendan Law Poh King berkata, pihaknya menerima panggilan daripada polis yang memerlukan bantuan untuk menangkap seorang pencuri.

"Lelaki itu telah memecah masuk rumah tersebut, dan penduduk berdekatan telah memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.

"Dia cuba melarikan diri daripada polis dengan memanjat bumbung bumbung, dan terperangkap di situ.

"Kami menggunakan tangga untuk memanjat bumbung bersama polis serta anggota Jabatan Pertahanan Awam dan mengikatnya sebelum dibawa turun," jelasnya.

Suspek diserahkan kepada polis dan diberi rawatan daripada ambulan yang telah sedia menunggu.

Siasatan awal menunjukkan bahawa suspek telah memecah masuk rumah rumah tersebut ketika pemiliknya berada di luar bandar dalam tempoh sambutan Hari Raya.

pencuri, terperangkap dibumbung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain