suria

AirAsia X, Rolls-Royce Siasat Pesawat D7237

AirAsia X menyiasat insiden melibatkan pesawat D7237 bersama pengeluar engin, Rolls-Royce.

KUALA LUMPUR: AirAsia X kini menyiasat punca insiden membabitkan penerbangan D7237 dari Perth ke Kuala Lumpur pada pagi Ahad.

Pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Perth 90 minit selepas berlepas disebabkan isu teknikal di bahagian enjin.

Kami sedang menyiasat insiden itu bersama pengeluar engin, Rolls-Royce.

Kami juga bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa penerbangan tempatan.

Kami menegaskan bahawa Kumpulan AirAsia sentiasa mematuhi program penyelenggaraan yang ditetapkan oleh pengeluar.

Kami juga mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan oleh setiap negara tempat syarikat penerbangan beroperasi, termasuk Australia.

Keselamatan penumpang dan krew sangat penting kepada kami,kata AirAsia X dalam satu kenyataan pada Isnin.

Di Australia, Kumpulan AirAsia lulus semua audit keselamatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa penerbangan tempatan.

Ia juga memulakan proses pengauditan sukarela Audit Keselamatan Operasi IATA (IOSA) bagi syarikat penerbangan dalam kumpulan itu termasuk AirAsia X Malaysia, AirAsia X Indonesia danAirAsia Indonesia.

AirAsia X Malaysia menerima dua sijil audit IOSA, masing-masing pada 2015 dan 2016. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain