Alhamdulillah...Tertunai Juga Hasrat Mereka - Semasa | mStar

Alhamdulillah...Tertunai Juga Hasrat Mereka

PETALING JAYA: Hasrat tiga beranak untuk merasai kemeriahan menyambut Syawal di kampung, akhirnya tertunai apabila ada pihak yang sudi membantu menumpangkan mereka.

Menariknya, bantuan itu ditawarkan oleh seorang rakan lama yang terputus hubungan selama beberapa tahun selepas membaca kisah Mohd Azhar Abdullah, 32, dan isteri Hajar Azmi, 29, bersama anak perempuan mereka, Nur Hana Humaira, sembilan bulan, yang disiarkan mStar Online pada petang Ahad.

Hajar berkata, sejak berita mengenai mereka disiarkan, mereka dihubungi ramai pihak selain dihujani pelbagai mesej yang menawarkan bantuan.

"Seorang bekas rakan sekolah menengah menghubungi saya di Facebook menawarkan bantuan untuk menumpangkan kami sekeluarga balik ke Pasir Puteh.

"Secara kebetulan rakan saya yang kini menetap di Kuantan bersama suami dan anak-anaknya juga mahu pulang ke kampung di Pasir Puteh untuk menyambut hari raya. Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Pada Ahad, mStar Online melaporkan sebuah keluarga terpaksa meminta bantuan kepada orang ramai kerana kekangan kewangan, selain keadaan isteri seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) dan anak masih kecil.

Kesusahan tiga beranak ini akhirnya mendapat perhatian seorang rakan lama.

Ia susulan 'posting' mereka di Facebook 'Hana Humaira’ pada Jumaat lalu yang menyebut: "Mohon jasa baik warga Kuantan, kami hendak tumpang ke Kelantan, nak balik raya. Kami tiga beranak. Kami bayar. Demi ayah dan bonda di kampung. Tiket sudah habis. Mohon jasa baik.” 

Hajar berkata, berita gembira itu bukan sahaja membolehkan mereka sekeluarga menyambut hari raya kali ini di kampung, malah dapat bertemu kembali rakan lama yang dikenali kira-kira 15 tahun lalu.

Sehubungan itu, dia mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

"Alhamdulillah, masalah kami dapat diselesaikan. Terima kasih kepada semua yang prihatin. Hanya Tuhan yang dapat membalas budi anda semua.

"InsyaAllah, kami akan pulang ke kampung di Kg Kubang Bulat di Pasir Puteh pada Jumaat ini. Doakan keselamatan kami dan segala urusan dipermudahkan," katanya dengan nada ceria.

Terdahulu, Mohd Azhar yang bekerja memotong rumput dan membantu katering dengan upah antara RM500 sehingga RM700 sebulan berkata, mereka bukanlah meraih simpati orang ramai untuk mendapatkan bantuan kewangan.

“Saya tidak mahu orang ramai salah faham. Saya bukan nak duit tetapi hanya tumpangkan kami. Apa cara bantuan pun, biarlah kos tersebut ditanggung sendiri oleh penyumbang dan bukannya wang disalurkan kepada kami.

"Kalau kami terpaksa tumpang tiga beranak duduk di belakang lori pun kami sanggup asalkan dapat pulang berhari raya sebab dah janji dengan keluarga,” kata Mohd Azhar.

Mohd Azhar Abdullah

Artikel Sebelum

Rakyat Malaysia Puasa 18 Jam Di Poland

Artikel Berikut

Anak Gajah Mati Tepi Jalan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain