suria

Pemandu GrabCar Rogol Penumpang Mabuk

Polis menahan seorang pemandu GrabCar dipercayai merogol seorang wanita di dalam kereta MyVi miliknya. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pemandu GrabCar dipercayai merogol seorang wanita di dalam kereta miliknya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan dekat sini pada Ahad.

Dalam operasi pukul 10 malam Ahad, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, lelaki berkenaan dipercayai merogol wanita berusia 29 tahun yang menggunakan perkhidmatannya pada pukul 4 pagi.

"Ketika kejadian, mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak dapat melawan. Selepas itu suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke rumah.

"Polis turut merampas pakaian serta kereta jenis Myvi milik suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. - Bernama

GrabCar, rogol

Artikel Sebelum

Awat Makan Atas Jalan?

Artikel Berikut

Artikel Lain