Puisi "Penyembah Lembu" Rujuk Kerajaan Modi - Dr Asri - Semasa | mStar

Puisi "Penyembah Lembu" Rujuk Kerajaan Modi - Dr Asri

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

PETALING JAYA: Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan puisi "penyembah lembu" yang dihasilkannya merujuk kepada acara yang berlaku di bawah pentadbiran kerajaan Modi di India, sama sekali bukan untuk menghina penganut agama Hindu di negara ini.

Mohd Asri, yang lebih dikenali sebagai Dr Maza berkata, ungkapan 'mempertuhankan lembu' dalam puisi tersebut memperkatakan tentang kerajaan di India yang membiarkan Muslim saban hari dibunuh dengan kejam hanya kerana makan daging lembu.

Katanya, suasana itu seakan sengaja diwujudkan oleh kerajaan Modi atas dasar kesucian haiwan itu mengikut agama Hindu.

"Anda boleh lihat artikel dan video dalam internet yang begitu banyak tentang kekejaman mereka kerana 'mempertuhankan lembu' dalam erti kata mensucikannya.

"Sanggup mereka membunuh kejam sesama manusia hanya kerana haiwan lembu yang memang dimakan di seluruh dunia," katanya dalam posting Facebook pada Sabtu mengenai insiden yang berlaku di barat India itu.

Pada Jumaat, Mohd Asri telah menyiarkan sebuah puisi bahasa Melayu di laman Facebooknya.

Ia dipercayai sebagai tindak balas kepada bantahan masyarakat India terhadap status Pemastautin Tetap (PR) yang diberikan kepada pendakwah Islam kontroversi Dr Zakir Naik.

Beliau berkata, puisi itu adalah untuk suasana semasa di India dan berharap mereka yang tidak mempertuhankan lembu di negara ini seperti yang sedang berlaku di India, 'jangan terasa'.

"Saya percaya dalam negara kita yang rata-rata berpendidikan tinggi tidak mungkin akan menyembah haiwan seperti lembu, atau pun mensucikannya.

"Apatah lagi sehingga sanggup membunuh orang lain kerananya. Akal yang waras mustahil menerima hal seperti itu," katanya.

Katanya, apa yang berlaku ini adalah sama dengan manusia waras menolak kepercayaan kasta antara manusia seperti yang berlaku di India sehingga ada kasta yang dipanggil 'pariah'.

"Maka hal itu tiada kaitan dengan orang di sini yang tidak mungkin 'beriman' dengan hal-hal karut seperti itu," katanya.

Dr Asri , puisi , mempertuhankan lembu

Artikel Sebelum

Lori Tanah Rempuh Tiang Plaza Tol

Artikel Berikut

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain