suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Mayat Tragedi Tanah Runtuh Di Sabah Ditemui

Usaha mencari beberapa lagi mangsa yang masih hilang sedang diteruskan. fotoBERNAMA

KOTA KINABALU: Tiga mayat dipercayai dari sebuah keluarga yang rumah mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Tongod pada 1 April lalu ditemui pasukan mencari dan menyelamat, Selasa.

Salah satu mayat mangsa ditemui terapung dekat Kampung Mangkawagu manakala dua lagi di Kampung Masaum.

Kedua-dua lokasi penemuan mayat itu terletak kira-kira 5km dari rumah mereka di Kampung Alitang yang dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada pukul 1 pagi Sabtu lalu.

Lapan individu termasuk tujuh kanak-kanak dilaporkan hilang.

Seorang pekerja ladang berusia awal 50-an dikenali sebagai Abdul yang memegang status pelarian Filipina, isterinya dan anak lelakinya berusia lapan tahun terselamat dalam tragedi itu dan sedang dirawat di hospital.

Namun dua lagi anak mereka dan tiga cucu dilaporkan hilang dalam insiden itu.

Ketua Pusat Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sabah berkata pasukan penyelamat dari pelbagai agensi menggunakan bot untuk membawa mayat tersebut.

mayat, tanah runtuh, Togod

Artikel Sebelum

Artikel Lain