Ku Nan Minta Rakyat Malaysia Lebih 'Celik' - Semasa | mStar

Ku Nan Minta Rakyat Malaysia Lebih 'Celik'

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melihat model perumahan yang dilancarkan selepas Majlis Pelancaran dan Undian Projek Rumah Wilayah (RUMAWIP) di Taman Wahyu, Rabu.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Adnan Tengku Mansor meluahkan rasa kesalnya kerana masih ramai penduduk negara ini yang bagaikan tidak sedar pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan untuk keselesaan rakyat.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, masih ada rakyat yang belum 'celik' bahawa kemajuan dan kemudahan infrastruktur yang dinikmati hari ini tidak dapat dilihat tanpa adanya kerajaan yang merancang sejak dahulu.

"Terutamanya golongan muda, apa yang anda lihat di Kuala Lumpur hari ni bukan 'magic' tapi perancangan kerajaan dan nenek moyang kita dan toleransi masyarakat.

"Jangan bazirkan apa yang ada dan jangan dengar cakap orang-orang yang suka melihat ia musnah," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran dan sesi cabutan undi Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip), Residensi Seri Wahyu di sini, Rabu.

Menurut Tengku Adnan, setiap rakyat Malaysia perlu mengakui bahawa mereka kini sedang menikmati keselesaan hasil usaha kerajaan untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat.

"Saya saran celiklah dan buka mata sikit, kita ada kerajaan yang bagus jadi jangan perjudikan masa depan anda hanya sebab anda rasa anda tak dapat apa-apa manfaat.

"Kita semua dapat menikmati program kerajaan, jangan nafikannya, anda menipu diri sendiri dan itulah yang saya bimbang kerana ia akhirnya akan musnahkan diri anda sendiri," katanya.

Tengku Adnan berkata, beliau tidak menganggap kerajaan Malaysia sebagai yang terbaik di dunia, tetapi rakyat perlu berbangga kerana mempunyai pemimpin seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sanggup mendengar kehendak rakyat.

"Kita semua buat salah malah kerajaan Malaysia pun buat salah tapi kerajaan masa kini dengan kepimpinan Datuk Seri Najib, beliau sanggup mendengar dan membetulkan kesalahan untuk pastikan negara terus ke hadapan," katanya.

Jelasnya, ini berbeza dengan pemimpin dan wakil-wakil pembangkang yang hanya banyak bercakap tanpa melakukan sebarang perubahan untuk rakyat.

Projek Rumawip Taman Wahyu yang bertaraf kondominium ini dibangunkan di atas tanah berkeluasan 1.6 ekar dan menawarkan satu blok kediaman berketinggian 35 tingkat.

Sejumlah 660 unit kediaman Rumawip akan dibangunkan dengan keluasan unit 805 kaki persegi yang dilengkapo tiga bilik tidur, dua bilik air dan satu parkir berbumbung pada harga RM300,000.


Ku Nan , Malaysia , Rumahwip

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain