KKM Siasat 10 Produk Stevia Palsu - Semasa | mStar

KKM Siasat 10 Produk Stevia Palsu

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berhubung 10 produk stevia yang didakwa palsu dan dijual di pasaran bagi memastikan produk terbabit mematuhi perundangan makanan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata siasatan itu susulan laporan sebuah akhbar bertajuk 'Awas Stevia Palsu' yang mendedahkan hasil ujian makmal dua universiti tempatan.

Siasatan dijalankan menurut Peraturan 118A Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan Akta Makanan 1983 yang telah menetapkan standard bagi produk ekstrak stevia, katanya dalam kenyataan, di sini pada Selasa.

Beliau berkata mereka yang mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang mengandungi bahan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan termasuk produk stevia yang mengandungi bahan kimia berbahaya boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak 1ebih 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Laporan akhbar itu menyebut hasil ujian makmal oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Putra Malaysia menunjukkan 10 produk terbabit tidak mengandungi ekstrak tumbuhan sebaliknya adalah kombinasai bahan kimia berbahaya.

Ekstrak stevia adalah sejenis bahan pemanis semula jadi yang diekstrak daripada daun pokok Stevia rebaudiana bertoni yang mengandungi glikosida steviol dan diproses menjadi serbuk putih hingga kuning cerah, tidak berbau dan mempunyai rasa manis. 

Ia boleh digunakan sebagai pengganti kepada gula biasa khususnya kepada mereka yang menghidap penyakit diabetes.

Dr Noor Hisham turut meminta pengguna yang mempunyai kemusykilan berhubung keselamatan makanan agar menghubungi pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat, atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq.

Stevia , KKM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mangsa Culik Tidak Sabar Mahu Pulang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain