suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Laporan Polis Dibuat Terhadap Status Facebook Petisyen Perjanjian Malaysia

KUCHING: Satu laporan polis telah dibuat ke atas status di Facebook yang mendakwa Ratu Elizabeth II Britain telah bersetuju untuk menerima petisyen dari Sarawak bagi memohon semakan Perjanjian Malaysia 1963.

Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Ambrose Cheng membuat laporan itu di Balai Polis Gita pada Jumaat.

Cheng turut menafikan dakwaan bahawa Ketua Menteri telah mendedahkan maklumat mengenai petisyen yang dikemukakan kepada Queen Elizabeth untuk kajian semula Perjanjian Malaysia.

Status yang dimuatnaik oleh Aman Shah itu turut mendakwa bahawa Dewan Undangan Negeri Sarawak sebulat suara bersetuju untuk semakan dan petisyen itu disokong oleh 630,000 rakyat Sarawak.

"Posting itu tidak benar dan kita serahkan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyiasat perkara itu," kata Cheng.

Petisyen, Facebook, Ratu Elizabeth II

Artikel Lain