suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenyataan Korea Utara Biadab Dari Segi Diplomatik - PM

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap komen Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol mengenai keraguannya terhadap siasatan Malaysia ke atas kes pembunuhan Kim Jong-nam sebagai biadab dari segi diplomatik.

"Kenyataan Duta itu sama sekali tidak wajar. Dari segi diplomatik ia dianggap biadab.

"Tetapi Malaysia tetap teguh dengan pendiriannya berdasarkan prinsip undang-undang untuk mencari kebenaran kerana kes itu berlaku di negara ini," kata Najib kepada pemberita.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Progran Temuduga Terbuka SL1M peringkat zon tengah 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.

Najib berkata Malaysia juga bukan 'kuda tunggangan' kepada mana-mana negara.

Katanya, Korea Utara seharusnya membantu Malaysia mencari kebenaran daripada membuat kenyataan tidak berasas.

Kang Chol, pada Isnin berkata negaranya 'tidak boleh mempercayai' siasatan yang dijalankan oleh Malaysia berhubung pembunuhan itu.

Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dipercayai dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 minggu lepas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain