suria

Gangguan Bekalan Air Di Hulu Langat

KUALA LUMPUR: Empat kawasan di Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air selama lapan jam pada 28 Februari ini berikutan kerja-kerja mengalih paip di sepanjang Jalan Perindustrian Balakong, Hulu Langat.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), dalam kenyataan hari ini, berkata kawasan yang terlibat adalah Balakong Jaya, Taman Puncak Utama Balakong, Perusahaan Balakong Jaya dan Perusahaan Taman Balakong Jaya.

"Gangguan itu akan bermula 9 malam, 28 Februari dan berakhir pada 5 pagi pada hari berikutnya. Setiap usaha akan diambil bagi mempercepatkan penyelesaian kerja-kerja tersebut," demikian menurut kenyataan itu.

Justeru, Syabas menasihatkan pengguna di kawasan terlibat supaya menyimpan bekalan air yang secukupnya sebelum kerja-kerja itu bermula.

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai kerja-kerja mengalih paip di kawasan itu dengan melayari laman sesawang www.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar, 'mySyabas' atau Facebook 'Air Selangor' dan Twitter 'air-selangor'.

bekalan air, Syabas, gangguan bekalan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain