suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RUU355: Kehadiran Pemidato Bukan Islam Gamatkan Himpunan

KUALA LUMPUR: Dua pemidato bukan Islam yang dijemput menghadiri Himpunan RUU 355 menarik perhatian peserta yang hadir.

Dua pemidato tersebut adalah Balasubramaniam yang mewakili Persatuan Hindu Pahang dan D Sivan daripada Persatuan Penceramah Bukan Islam Barisan Nasional.

Kedua-dua mereka telah memberikan penerangan ringkas tentang pindaan akta RUU 355 ketika mengisi slot pidato di pentas utama himpunan di Padang Merbok pada sebelah petang.

Secara keseluruhannya masing-masing menyatakan pemahaman mereka mengenai matlamat pindaan akta tersebut yang tidak mempunyai kaitan dengan golongan bukan Islam.

Malah, mereka juga menyeru supaya rakan-rakan bukan Islam yang lain supaya lebih jelas tentang isu ini yang tidak akan menjejaskan diri mereka.

RUU355

Artikel Berikut

Dua Cedera Diserang Gajah Liar

Artikel Lain