suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Awas Individu Menyamar Pegawai SPRM Selesai Kes Rasuah

Datuk Azam Baki
KUALA LUMPUR: Beberapa individu dikenal pasti menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kononnya boleh menyelesaikan kes-kes rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata individu terbabit mendakwa mereka boleh menyelesaikan kes-kes SPRM yang masih dalam siasatan, perbicaraan mahkamah serta membersihkan nama mereka yang terdapat dalam senarai siasatan SPRM.

"Individu-individu ini dipercayai telah menggunakan nama pegawai kanan SPRM dan meminta sejumlah wang bagi tujuan menyelesaikan kes-kes tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Azam berkata, sejak kebelakangan ini, SPRM banyak menerima maklumat berhubung perkara berkenaan.

"SPRM telah mengenal pasti beberapa individu yang terlibat dalam perbuatan tidak beretika itu yang boleh menjejaskan imej SPRM.

"Jika mana-mana individu yang terlibat gagal melaporkan perkara tersebut kepada SPRM, tindakan akan diambil ke atas mereka atas kesalahan bersubahat," katanya.

Beliau meminta orang ramai menghubungi SPRM sekiranya didatangi atau dihubungi individu sedemikian.


Artikel Berikut

Penyeludup Minyak Semakin Licik

Artikel Lain