suria

Honda Panggil Balik 24,962 Kenderaan Kerana Beg Udara Takata

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia Sdn Bhd memanggil balik 24,962 unit kenderaan model tahun 2012 untuk mendapatkan pengggantian inflator beg udara bahagian hadapan penumpang Takata.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Honda Malaysia berkata model terlibat ialah Accord, Jazz, Jazz Hybrid, City, Freed dan Insight.

Syarikat melanjutkan langkah proaktif bagi memastikan keselamatan pelanggan yang merupakan keutamaannya, katanya.

"Kami menegaskan bahawa semua model yang sedang kami jual, tidak akan terjejas dan akan terus mendokong kawalan yang telus dan ketat bagi memastikan keselamatan pengguna," katanya.

Honda Malaysia berkata syarikat akan memaklumkan semua pelanggan yang terjejas melalui surat pemberitahuan, termasuk perincian terkini produk tersebut.

"Pelanggan yang menerima surat ini digalakkan menghantar kenderaan mereka kepada pengedar Honda yang sah untuk membuat pemeriksaan dan penggantian," katanya.

Mereka juga boleh memeriksa status ptarik balik kenderaan dengan melayari www.honda.com. atau www.productrecall.honda.com.my atau menghubungi Honda di talian bebas tol 1-800-88-2020.
Honda Malaysia, beg udara, Takata

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain