suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiong Lai Akan Bertemu Waris Mangsa MH370

SYDNEY: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai akan mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga dan waris mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Perkara itu disuarakan selepas kumpulan wakil waris mangs, Voice370 menyatakan hasrat mereka untuk mengadakan pertemuan dengan Tiong Lai.

Kumpulan itu berkata pada Ahad, jurucakap mereka, Danica Weeks akan menghantar surat kepada Tiong Lai untuk meminta misi pencarian disambung semula selepas usaha berkenaan dihentikan pada minggu lepas.

"Saya akan menerima surat mereka pada hari ini (Isnin).

"Saya akan bertemunya dan kami berharap dapat berbincang dengan baik," kata Tiong Lai kepada pemberita ketika ditemui di Perth pada Isnin.

Pesawat MH370 hilang dari radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang serta anak kapal. - REUTERS

Liow Tiong Lai, MH370

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain