suria

Dua Pekebun Bergaduh Rebut Tanah Pokok Pisang

MIRI: Pertelingkahan dua pekebun berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka 'naik angin' dan menyerang menggunakan sebilah parang.

Bagaimanapun penyerang berusia 50-an itu telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata,  mangsa yang juga berusia 50-an kini dirawat di hospital selepas mengalami beberapa kecederaan di badannya.

"Suspek dan mangsa adalah jiran dan kedua-duanya mempunyai ladang buah-buahan yang terletak bersebelahan antara satu sama lain.

"Suspek didakwa menyerang mangsa kerana salah faham mengenai tanah pokok pisang.

"Dia mendakwa jirannya itu telah menanam pokok pisang secara haram di atas tanahnya," kata ACP Khoo.

Suspek kini ditahan reman untuk siasatan.

Berebut tanah pokok pisang

Artikel Lain