suria

Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat Kepada 634 Orang

Keadaan banjir di Kota Murudu, Sabah.Foto: Bernama

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Sabah meningkat kepada 634 orang pagi Isnin berbanding 616 orang pada Ahad.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, Kol Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata sebanyak 45 orang dari Paitan dalam daerah Beluran ditempatkan di Dewan Kampung Binsulung pagi Isnin, meningkat daripada 39 orang semalam.

Di Dewan Kampung Kubambangan, beliau berkata mangsa adalah seramai 20 orang daripada lima keluarga berbanding lapan mangsa daripada dua keluarga dari Kampung Batangon dan Kampung Kubambangon.

Di daerah Pitas, sebanyak 35 orang daripada tujuh keluarga masih ditempatkan di Dewan SK Salimpodon, manakala jumlah mangsa malam tadi iaitu 59 orang daripada 18 keluarga di pusat pemindahan Dewan SK Rukom tidak berubah.

Jumlah mangsa di Dewan SK Pekan Pitas 2 juga kekal 94 orang mangsa daripada 45 keluarga.|

Manakala di Kota Marudu, sebanyak 346 mangsa daripada 82 keluarga juga masih berada di pusat pemindahan Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Taritipan manakala 35 orang daripada 25 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan banjir Dewan Pusat Latihan Pertanian Damai.-Bernama

Banjir Sabah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

GST Tidak Membebankan - Najib

Artikel Lain