suria

GST Tidak Membebankan - Najib

Najib (tengah) memotong sebagai tanda perasmian Kelab Bell Belia Tamil pada Ahad.Foto: UU BAN/The Star

PORT DICKSON: Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia tidak 'membebankan' kerana ia telah membolehkan kerajaan mencatat peningkatan RM41bilion pada tahun lepas, berbanding di negara-negara lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, negara seperti India bakal mengalami peningkatan drastik setelah mengenakan GST sehingga 23 peratus ke atas barangan tertentu bermula April.

"Jangan terpengaruh dengan dakwaan pembangkang bahawa GST membebankan.

"Kita perlukan GST sebagai wang yang akan digunakan untuk membiayai penjagaan kesihatan, membina sekolah-sekolah dan membantu mereka yang memerlukan," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan ulang tahun ke-60 Kelab Bell Belia Tamil pada Ahad.

"Semua orang meminta wang daripada kerajaan. Jika kita tidak mempunyai GST, di mana hendak dapat wang untuk berikan kepada mereka?" soal beliau.

Selain itu, Najib yang turut merasmikan Wisma Ceylonese yang bernilai RM3.3 juta, berkata, rakyat Malaysia perlu teruskan budaya sambutan kepelbagaian perayaan.

"Kita perlu ingat bahawa kita semua adalah rakyat Malaysia dan mesti cintakan negara  ini tanpa menilai latar belakang etnik, agama atau budaya kita," katanya.

Najib meminta rakyat untuk belajar daripada peperangan saudara selama 26 tahun di Sri Lanka yang telah meragut puluhan ribu nyawa.

"Di Sri Lanka, peperangan yang berlaku melibatkan dua kaum," katanya.

"Tetapi kita mempunyai banyak kumpulan etnik India di Malaysia dan hidup secara aman kerana mengetepikan perbezaan dan meraikan kepelbagaian perayaan," ujar beliau.

GST, Najib tun razak

Artikel Lain