suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Bunuh Isteri Diburu

KOTA KINABALU: Satu pasukan khas dibentuk untuk memburu seorang lelaki di Semporna yang dipercayai membunuh isterinya pawa awal pagi Ahad selepas mangsa enggan mengadakan hubungan intim dengan suspek.

Ketua Polis Daerah Semporna, Supritenden Peter Umbuas berkata, pihaknya masih memburu lelaki berusia 50 tahun itu yang didakwa melibat parang dan menikam isterinya beberapa kali.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Jakaria, berbuat demikian kerana berang dengan isterinya yang menolak enggan mengadakan hubungan seks di awal pagi berkenaan.

"Kami cuba mendapatkan maklumat daripada rakan dan keluarga suspek," kata beliau ketika dihubungi.

Mangsa yang dikenali sebagai Norminah Bollok, 38, meninggal dunia di Hospital Semporna manakala suaminya dipercayai melarikan diri dan masih bersembunyi.

Kejadian berkenaan berlaku di rumah mereka di Kampung Pinggir Bakar di sini kira-kira pukul 4 pagi Ahad.

Lelaki itu juga dipercayai melarikan diri bersama sebuah beg yang mengandungi dokumen milik anak-anaknya yang berusia antara 13 dan 22 tahun.

Bunuh Isteri

Artikel Sebelum

Artikel Lain