suria

Bapa Anggota Parlimen Sg Besar Meninggal Dunia

Budiman Mohd Zohdi

SHAH ALAM: Bapa Anggota Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam pada Isnin akibat kanser paru-paru.

Pegawai Pusat Khidmat Komuniti Anggota Parlimen Sungai Besar Histam Tasrip berkata Mohd Zohdi Abdullah,73, meninggal dunia pada 11.37 pagi tadi selepas dimasukkan ke hospital itu malam tadi setelah keadaannya agak tenat.

"Penyakit yang dihidapi Allahyarham mula serius sejak enam bulan lepasdan malam tadi keadaannya agak tenat," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Budiman yang juga Anggota Dewan Undangan Sungai Panjang, menulis dalam laman Facebook rasminya bahawa jenazah bapanya akan disembahyangkan di Masjid Kampung Sungai Limau sebelum dikebumikan di TanahPerkuburan Islam Sungai Limau selepas solat Asar.

Allahyarham meninggalkan isteri Fatona Saimin,62, dan enam anak.

Budiman merupakan anak sulung pasangan berkenaan. 

Artikel Berikut

Lelaki Bunuh Isteri Diburu

Artikel Lain