suria

Bom Palsu Ditemui

KUALA LUMPUR: Sebuah objek menyerupai bom ditemui di menara telekomunikasi di Taman Midah dekat sini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, ibu pejabat polis daerah menerima panggilan pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari Isnin berhubung objek yang dipercayai sebuah bom.

Beliau berkata, polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui objek berkenaan di tepi pagar di menara telekomunikasi di Jalan Midah 8, Taman Midah di sini.

Kok Sin berkata, unit forensik melakukan pemeriksaan di kawasan tersebut dan menemui span putih dan kuning, wayar dan komponen-komponen lain.

Beliau menambah, objek tersebut merupakan bom palsu kerana tiada bahan letupan ditemui.


Artikel Lain