suria

Abang Jo Ahli Politik Tidak Mudah Dibuli

Amar Abang Johari Tun Openg.

SIBU: Ketua Menteri Sarawak yang baharu, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg merupakan seorang yang tidak mudah dibuli, menurut bekas wartawan, James Ritchie.

"Orang kata beliau mudah dibuli tetapi mereka tak kenal beliau," katanya.

Ritchie yang telah mengenali Abang Johari selama 48 tahun sejak mereka bersekolah di Sekolah Menengah St Thomas di Kuching berkata, ketua menteri baharu itu mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam politik negeri.

Beliau berkata, ia sekaligus menjadikan Abang Johari layak untuk menerajui pentadbiran negeri.

Ritchie bagaimanapun menyifatkan Abang Johari yang lebih dikenali sebagai Abang Jo mempunyai banyak tugas sebelum meneruskan tanggungjawab Tan Sri Adenan Satem.

"Kita akan lihat bagaimana beliau menjalankan tanggungjawab. Adenan cuba menggalas tanggungjawab Tan Sri Taib Mahmud sebaik mungkin dan beliau dapat melakukannya dengan baik, tetapi adakah Abang Jo dapat menggalas tanggungjawab Adenan?," katanya pada Jumaat.


Artikel Berikut

Artikel Lain