SPAD Mahu Penjelasan Uber, GrabCar - Semasa | mStar

SPAD Mahu Penjelasan Uber, GrabCar

Tan Sri Syed Hamid Albar
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akui tindakan tegas boleh dikenakan terhadap pemandu syarikat aplikasi perkhidmatan e-hailing Uber dan GrabCar yang gagal mematuhi peraturan ketika beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, sehubungan itu, pihaknya akan mendapatkan penjelasan terperinci daripada kedua-dua syarikat terlibat.

Katanya, adalah menjadi kesalahan apabila pemandu yang berdaftar atau mengikat kontrak dengan kedua-dua syarikat itu melanggar sistem sebenar e-hailing.

“Kita akan hubungi Uber dan Grab kerana kita ada dapat laporan.

“Kita memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya, tetapi kita perlu bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Beliau mengulas pendedahan mStar Online mengenai tindakan kelompok pemandu Uber/Grab yang sanggup bertukar status menjadi ‘ulat’ untuk mendapatkan penumpang di KLIA dan KLIA2 bagi mengaut untung bersih.

Portal berita ini telah menamakan kelompok pemandu ini sebagai ‘sesumpah’ bagi membezakannya dengan ‘ulat’ sedia ada, sesuai dengan sifat haiwan itu yang sering berubah-ubah mengikut persekitaran.

Menurut Syed Hamid, pihaknya akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Kalau dia (pemandu) dah ambil dan bawa penumpang (ke KLIA) dia tak boleh menunggu di situ, itu bertentang dengan peraturan dan undang-undang di mana dia boleh diambil tindakan.

“Kalau kita masing-masing ambil ‘makanan’ orang lain, jadi ia menimbulkan masalah, salah faham dan boleh membawa kepada pergaduhan, dia sekat peluang rezeki orang lain,” katanya.

Berdasarkan tinjauan, kerakusan aktiviti ‘sesumpah’ ini, termasuk ulat sedia ada menjadi antara faktor  pendapatan harian pemandu teksi KLIA  terjejas kira-kira 50 peratus.

Syarikat Uber dan Grab juga dianggarkan ‘terlepas’ sejumlah komisen apabila pemandu mereka dengan pantas akan mematikan status sebagai pemandu yang sedang bertugas sebaik mendapat pelanggan, walaupun sebelum itu nama dua syarikat itu digunakan ‘memancing’ perhatian 'mangsa'.

Sehingga berita ini disiarkan, Uber dan Grab masih belum memberikan sebarang komen atau tindak balas.

KLIA2 , ulat KLIA , SPAD , Tan Sri Syed Hamid Albar

Artikel Sebelum

RapidKL Perkenal Tren Generasi Baharu

Artikel Berikut

Lelaki Tuntut Bayaran Balik Daripada Bomoh

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa