suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penganggur Cederakan Isteri Dipenjara 15 Bulan

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Seorang penganggur yang memukul isterinya sehingga cedera di bahu kiri dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Selasa.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu terhadap Salaton Nizam Md Isa, 37, selepas dia mengaku bersalah dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Norhayati Mohd Nor, 33, di kediaman mereka di Blok B10-08-10, Desa Mentari 2, Jalan PJS 15/6, di sini pada 4 petang, 31 Ogos lalu.

Mahkamah memerintahkan Salaton Nizam menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 5 September lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya dan dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukan hukuman penjara dua kali ganda daripada hukuman asal bagi seksyen itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat mengambil kira kesalahan yang dilakukan melibatkan isterinya, supaya menjadi pengajaran kepada tertuduh serta orang awam.

"Kes keganasan rumah tangga akan berlarutan sekiranya tidak dibendung.

Walaupun dengan alasan yang diberikan tertuduh, dia tidak sepatutnya memukul isterinya kerana banyak lagi cara untuk menyelesaikan masalah rumah tangga," katanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya berkata dia memukul isterinya kerana wanita itu sering meninggalkan rumah dan merayu hukuman ringan kerana dia menanggung tiga anak yang masih bersekolah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain