PPIM Tubuh Tabung Khas Bantu Pemilik Rumah Lelong - Semasa | mStar

PPIM Tubuh Tabung Khas Bantu Pemilik Rumah Lelong

KUALA LUMPUR: Sebuah tabung bantuan kewangan khas akan dilancarkan bagi membantu keluarga pemilik rumah lelong yang viral baru-baru ini dalam usaha menyelesaikan masalah pinjaman bank mereka.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata tabung yang bakal dilancarkan pada minggu depan itu akan diuar-uarkan kepada orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga tersebut.

"Masalah keluarga ini masih belum selesai, saya difahamkan pihak bank yang terlibat tetap akan melelong rumah berkenaan bagi mendapatkan baki pinjaman yang diberikan.

"Tabung ini akan dibuka kepada orang ramai atau sesiapa sahaja yang ingin menghulurkan bantuan, kami harap tabung khas ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kewangan dan menampung kos pinjaman bank keluarga tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Dalam satu posting yang viral di media sosial baru-baru ini, seorang individu yang dikenali sebagai Lee Hui Sen telah melepaskan rumah di Subang 2, dekat sini, yang dimenangi dalam bidaan selepas simpati melihat rumah tu masih diduduki dan terdapat pakaian budak sedang dijemur di luar rumah.

Lee dilaporkan telah membayar wang deposit pembelian rumah lelong itu RM44,500 sanggup mengalami kerugian asalkan penghuni di rumah itu boleh terus mendiami rumah berkenaan.

Beliau dikatakan tidak bertemu dengan penghuni rumah tersebut, sebaliknya hanya menyatakan hasratnya itu melalui sepucuk surat yang ditinggalkan di rumah itu.

Pemilik rumah berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai S, 47, dan Nor, 42, kemudian menyerahkan surat tersebut kepada PPIM.

Sementara itu, Nadzim berkata pihaknya telah mencuba untuk mencari Lee semenjak dua bulan yang lalu namun usaha mereka menemui kegagalan.

Justeru, beliau meminta orang ramai atau anggota keluarga Lee yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedudukannya untuk menghubungi PPIM.

"Identiti Lee masih menjadi misteri, buat masa sekarang kami tidak mempunyai sebarang maklumat ataupun rekod mengenai beliau. Perjumpaan dengan beliau penting untuk membincangkan penjadualan semula bayaran kepada bank," katanya.

Nadzim berkata perbincangan dengan Lee penting kerana statusnya ketika ini dikira sebagai pemilik rumah itu setelah beliau membuat pembayaran deposit rumah berkenaan.

Sehubungan itu, apa jua perbincangan mengenai penjadualan semula bayaran kepada pihak bank perlu melibatkan Lee, katanya.

"Kami juga bercadang untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada beliau atas nilai murni yang telah ditunjukkan, ini merupakan satu usaha yang murni dan patut dicontohi oleh semua rakyat Malaysia," katanya.

PPIM , Rumah Lelong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain