suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jumpa Mayat Dalam Tong

TAIPING: Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan di kawasan ladang getah di Kampung Masjid, Padang Gajah dekat sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harrith Kam Abdullah berkata mangsa yang tidak mempunyai identiti dan dianggar berumur lingkungan 30-an ditemukan di dalam tong plastik dengan kepalanya berada di bawah dan kaki di atas pada pukul 6.45 petang.

Katanya mangsa yang mempunyai kesan tetakan pada leher dipercayai baru meninggal kerana mayatnya belum berbau.

"Mayat itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh untuk di bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau berkata usaha mengesan penjenayah sedang dijalankan dan kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berikut

Artikel Lain